Wednesday, January 19, 2011
BANJIR BESAR - RANGALAU
Kali pertama sejak tahun 70-an Rangalau telah dilanda banjir besar yang telah menyebabkan kerugian besar terhadap kebanyakan penduduk kampung Rangalau, Kota Belud. Kejadian tersebut terjadi setelah hujan turun mencurah curah sejak jam 2 petang sehingga awal malam kelmarin 19 Januari 2011.
Sungai Tintapon yang terletak benar benar berhampiran dengan perumahan kampung telah mula melimpah ke kawasan kampung dengan derasnya dan menenggelami hampir 50% kawasan kampung sehingga paras jendela. Terdapat beberapa penduduk kampung yang terperangkap dan terpaksa berkurung di rumah tanpa dapat berbuat apa-apa kerana kawasan rumah ditenggelami air sedalam 10 kaki dengan arus air yang deras.
Mujurlah Pasukan Bomba Kota Belud datang dengan segera sejurus setelah dimaklumkan oleh Ketua Kampung En Mijulan Malujin melalui panggilan telefon. Pasukan Bomba tersebut sedikit tersekat kerana laluan ke kampung tersebut ditenggelami air. Walau bagaimanapun, menjelang tengah malam mereka datang dan meninjau kawasan-kawasan yang ditenggelami air. Penduduk kampung sekurang-kurangnya merasa lega dengan kehadiran mereka yang lengkap dengan sebuah bot berkuasa 60 kuda, yang siap sedia untuk bertindak terhadap segala kemungkinan.
Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada pasukan bomba yang datang terutamanya Ketua Balai Bomba Kota Belud En Roger Samuil. Beliau telah memberi jaminan untuk 'stand by' selalu sekiranya memerlukan bantuan pada bila bila masa.
Di antara pegawai yang ada ialah PB Jamlin Bin Simri-Penyelia Skuad,PB SH Magris-Penyelia Skuad, PB Sutih Berisih, PB Simon Chua, PB Musliady Masiraji, PB Masbia Peran, PB Zulkifli Bukun, PB Muhamad Bin Nuin, En Ibrahaim Bakar dan En. Norjales Afur-Bomba Sukarela PBS Pangkalan Abai dan PB Derin Meridun yang bertugas dalam bagian logistik yang 'stand by' di balai bomba Kota Belud.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alala..teruk juga tahun ni banjir d kampung..syg sy ter miss Q banjir kali ni....
Dasyatnya.. atuk oi..
Post a Comment