Thursday, February 17, 2011

DEWAN, PADANG & TANAH - 'TRIPPLE BONUS' UNTUK PENDUDUK KG RANGALAU




RANGALAU, KOTA BELUD-15 Feb 2011: ADUN N7 Kadamaian, YB. Datuk Herbert Timbun Lagadan, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah telah merasmikan acara gontong royong pembersihan tapak pembinaan dewan KDCA daerah Kota Belud dan padang bola sepak, di tanah perkampungan baru Kampung Rangalau. Lebih 600 orang penduduk kampung Rangalau bakal menikmati kemudahan tersebut tidak lama lagi kerana dalam ucapan YB Datuk, KDCA negeri Sabah telah bersetuju untuk memberikan peruntukan untuk mendirikan dewan itu dan seterusnya menjadi pusat KDCA Daerah Kota Belud. Di samping itu sejumlah peruntukan ADUN juga diumumkan untuk padang bola sepak. Setelah bertahun-tahun lamanya, impian untuk memiliki padang permainan kampung kini menjadi kenyataan.


Ucapan YB. Datuk Herbert Timbun Lagadan

Ucapan En James Muyau, Pengerusi KDCA Daerah Kota Belud


Ucapan KK Mijulan Malujin

Tanah seluas 52.40 ekar ini diambil untuk tanah simpanan Kampung Rangalau dari pemilik berbangsa cina warga Filipina. Dulu kawasan ratusan ekar ini merupakan estet getah dan kini dibangunkan kembali untuk penanaman kelapa sawit. Warga kampung Rangalau amat terhutang budi kepada mantan ADUN Kadamaian, mendiang YB Datuk Bagai Basirun atas bantuan dan usahanya sehingga akhirnya tanah ini dapat keluarkan dari geran asal untuk rezab kampung Rangalau. Ini berikutan kebimbangan yang menghantui penduduk kampung Rangalau dari ancaman banjir sungai Kadamaian dan sungai Tintapon. Ketua Kampung KK Mijulan Malujin yang juga Pengerusi Badan Bertindak tanah perkampungan baru ini melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat kerana menjadikan harapan dan impian penduduk kampung Rangalau menjadi kenyataan. Kegembiraan penduduk telah dizahirkan dengan tepukan dan sorakan yang hampir-hampir membuatkan pengacara En Sehing Masilang menitiskan air mata. Syabas kepada semua yang terlibat dalam acara gotong royong ini. Tidak dilupakan juga individu-individu yang memainkan peranan disebalik kejayaan ini iaitu di antaranya mantan pemimpin-pemimpin kampung En Juin Kolod, En Jonuin Maribung, Pn Saulin, dan Pengerusi JKKK Cik Saidom Masilang dan lain lain lagi.

Pengacara En Sehing Masilang

Dalam ucapannya yang dihadiri hampir 75% dari penduduk kampung tersebut, YB Datuk bersyukur dan terima kasih atas keprihatinan Huguan Siou YB Datuk Pairin Kitingan terhadap suku kaum kadazan dusun yang tinggal di daerah Kota Belud khususnya di Kampung Rangalau. YB Datuk juga melahirkan rasa kesal kerana para pemimpin suku kaum kadazan dusun kini berpecah belah. Namun demikian, YB Datuk juga menegaskan bahawa kita belum terlambat untuk membangunkan kembali kepimpinan itu kerana ianya terletak di atas tangan para pemimpin muda yang ada pada ketika ini. Diharapkan dengan kewujudan pusat KDCA daerah Kota Belud yang bertapak di Kampung Rangalau ini dapat melahirkan para pemimpin muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Acara gotong royong tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agung KDCA GUN Suman Yasambun, Bendahari KDCA GUN Joseph Paulus Lantip, GUN John Paujik, PKR N7 Kadamaian En Solitin Sompong dan beberapa ahli jawatankuasa KDCA daerah Kota Belud.

Dewan KDCA, Padang Bola Sepak dan Tanah Perkampungan merupakan 'tripple bonus' untuk warga kampung Rangalau untuk 2011!





































Pemandangan Pada Waktu Pagi

The Tagal Guardian

The Tagal Guardian
Rapain & Sehing

Follower