Wednesday, January 27, 2010

BOMBON - SEEKOR LEMBU DISEMBELIH

24 Jan 2010, LINSUKON, RANGALAU:   Seekor lembu telah disembelih untuk memeteraikan tagal Sungai Kedamaian dari Dimala ke Kinoukabon, Kg Rangalau. 
Ramai warga Rangalau datang dan menyaksikan upacara simbolik ini dan seterusnya menjamu selera bersama sama dengan semua AJK tagal.  En Mijulan Malujin selaku Ahli Jawatankuasa Tagal dan orang yang bertanggung jawab untuk menyediakan lembu tersebut cukup berpuas hati dengan terlaksananya upacara ini.  Pengerusinya En Yusar Gimbak amat berterima kasih kepada semua yang terlibat kerna akhirnya upacara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 
Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, upacara tersebut tidak dapat diadakan pada pelancaran pada 7 Januari 2010 yang lalu.  Ramai beranggapan tagal tersebut tidak sah kerana tiada upacara penyembelihan yang merupakan kemestian untuk dilakukan setiap kali sesebuah sungai itu ditagal.  Namun dari segi undang-undang, ianya berkuatkuasa sepenuhnya pada waktu pelancaran dilaksanakan dengan rasminya.  Kawasan lebih kurang 1.6km  sepanjang sungai tersebut iaitu dari Dimala ke Kinoukabon menjadi aset utama yang terbaharu bagi warga Rangalau.  Rangalau kini merupakan salah satu dari 200 pengamal sistem tagal yang melibatkan lebih kurang 100 batang sungai di 11 daerah yang diketahui di seluruh Sabah.  Sistem Tagal merupakan satu adat tradisi untuk memulihara persekitaran alam semulajadi atau satu sistem pengurusan sumber hidupan air berasaskan komuniti.  Ia adalah satu sistem yang digunakan untuk rehabilisasi, perlindungan dan pemuliharaan persekitaran dan pembangunan mapan.  Dengan cara itu sahajalah generasi akan berpeluang untuk menikmati warisan alam semulajadi yang terdapat di tanah tumpah darah khususnya di Rangalau.  Dengan terlaksananya upacara simbolik tersebut,
Rangalau telah melakar sejarah tersendiri dan akan dikenang untuk selama-lamanya.  Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pencerobohan sukar dibendung apatah lagi dihapuskan 100%, tetapi semua pihak harus diberi kesedaran bahawa sistem tagal ini bukanlah semata-mata untuk 'makan ikan' sahaja malah ianya lebih dari itu.  En Sehing Maselang sejak awal-awal lagi sudahpun mengerahkan jentera kawalan dan keselamatan dengan bantuan mahaguru En Rapain Gimbak dan anak-anak buahnya.  Kawasan yang merentasi sempdan ke sempadan kampung tersebut agak panjang dan memang sukar untuk dikawal daripada pencerobohan, namun sekiranya semua pihak sedar akan kepentingan dan tujuan sistem ini sudah pastinya satu hari nanti semuanya akan menikmati hasil dan keuntungan dari sistem ini.  Anak-anak muda harus diberi pendidikan tentang pemuliharaan ini bermula dari rumah masing-masing.
Ini bererti ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting bagi menjayakan hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan sistem ini diamalkan oleh rakyat khususnya di Rangalau.  Yang berusaha Pengerusi AJK Tagal En Yusar Gimbak mengatakan bahawa untuk memulakan sesuatu, ia bukanlah semudah kata, cabaran dan tentangan sentiasa akan dihadapi.  Namun tujuan kita jelas dan berasas, segalanya harus ditempuhi dengan positif dan optimis untuk maju kehadapan seiring dengan kemajuan semasa.

Tuesday, January 12, 2010

Tagal / Bombon


Rangalau telah membuka tirai 2010 dengan perasmian dan pelancaran Tagal Sungai Kadamaian bermula dari Liwagu Dimala, Linsukon dan Kinoukabon.  Pelancaran tersebut di rasmikan oleh ASP daerah Kota Belud, dengan restu Pegawai Perikanan dan Pegawai JPS pada 7 Januari 2010, di dewan serbaguna Kg. Rangalau, Kota Belud.

Sungai Kadamaian di Rangalau memang terkenal dengan empangan di Liwagu (lubuk) Linsukon.  Ramai yang datang dan mengambil kesempatan untuk menyejukkan diri (mandi manda) pada waktu hujung minggu, malah ada pula yang berakit dari ulu dan berlabuh di empangan tersebut.  Mungkin ramai yang tertanya tanya apakah sungai ini mempunyai ikan.  Memang ada, dan harap harap dengan penguatkuasaan Tagal di sungai ini akan bertambah tambahlah ikan-ikan dalam sungai ini.  Bukan itu saja, malah keindahan sungai ini akan terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Sebagai warga kampung Rangalau, di mana saja anda berada apakah respon anda mengenai pelancaran tagal / bombon ini.

Pemandangan Pada Waktu Pagi

The Tagal Guardian

The Tagal Guardian
Rapain & Sehing

Follower