Tuesday, January 12, 2010

Tagal / Bombon


Rangalau telah membuka tirai 2010 dengan perasmian dan pelancaran Tagal Sungai Kadamaian bermula dari Liwagu Dimala, Linsukon dan Kinoukabon.  Pelancaran tersebut di rasmikan oleh ASP daerah Kota Belud, dengan restu Pegawai Perikanan dan Pegawai JPS pada 7 Januari 2010, di dewan serbaguna Kg. Rangalau, Kota Belud.

Sungai Kadamaian di Rangalau memang terkenal dengan empangan di Liwagu (lubuk) Linsukon.  Ramai yang datang dan mengambil kesempatan untuk menyejukkan diri (mandi manda) pada waktu hujung minggu, malah ada pula yang berakit dari ulu dan berlabuh di empangan tersebut.  Mungkin ramai yang tertanya tanya apakah sungai ini mempunyai ikan.  Memang ada, dan harap harap dengan penguatkuasaan Tagal di sungai ini akan bertambah tambahlah ikan-ikan dalam sungai ini.  Bukan itu saja, malah keindahan sungai ini akan terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Sebagai warga kampung Rangalau, di mana saja anda berada apakah respon anda mengenai pelancaran tagal / bombon ini.

12 comments:

Anonymous said...

SUKARELAWAN BOMBON ...... TERUSKAN KESUKAREWALAWANAN ANDA ..

admin said...

good idea...misti mcm2 ikan yg kmu dpt tu nant.sy x dpt bayangkn o mcmna banyakkkk nya ikan2 tu kena tangkap nant.ngam jga tu kira adil utk smua pgemar ikan disungai.cthnya kalu org yg tinggl jauh (penduduk r'lau) yg x berkesempatan mo pigi merambat@ memancing skrg dorg buli suda join akitivi ini yg penting kena bgtau awal2 la cthnya 5bulan sblm bombon dbuka bole juga dorg beli tiket utk balik kg pas tu dpt la dorg tu juga merasakan keseronokan tangkap ikan yg dbombon.hehehe.jangan lupa k!

PUAN said...

well, 100% support the BOMBON. I'm not a real Rangalau, not born at Rangalau ,but this is my kampung now. Projek BOMBON is a good idea.
Not just for the ikan but also alam sekitar. Kita buat BOMBON dengan ikut saluran yang betul,so why worry. We have responsibility
as for warga Rangalau untuk mempertahankan our BOMBON dari pencorobohan.

Anonymous said...

Komitmen jaga Bombon amat dipuji terutama petugas2 siang malam. Tabik Hormat!

Libon said...

Kita amat menghargai kommitmen pengawal pengawal sukarelawan kita. Terutama SR6, JR2, Tarabas, FC10, KW1, Bravo 1, SR75, Limbai, Norbet, Anus, Edwin, Apin, Mjulan dan ramai lagi yang lain...Syabas!!!

Libon said...

donny len:
thks donny.. kalau tiada masalah tu ikan 2, 3 kilo ada tu. skg pun baru 2 bulan kita boleh nampak sudah ikan berenang renang sepanjang 18" begitu. Musim menuai nanti mungkin lepas 1 tahun barangkali. Nanti di warwar juga tu.

Anonymous said...

aktiviti yg sihat.....teruskan bombon....dan aktiviti radio yg sihat.......yeah saport abis boss....

benzy said...

teruskan bombon........dan aktiviti radio.........aktiviti yg sihat....yahhhhh saport abisss boss........

AY said...

pertahankan khazana ini. Biarlah ianya mnjadi warisan kita kini dan selamanya. Tabik spring kpd semua yg trlibat. Syabas bathy... :-)

PUAN said...

Hi Libon, betullah 2,3 kilo ada sudah .Apa ikan tidak cpt membesar, hampir setiap pagi berduyun org kg datang memberi makan ikan2 dgn pnuh ksih syng gitu he..he.. berkilo-kilo makanan ikan di bawa. hmm nanti malas kali ikan tu cari makan kalau gitu slalukn? Tapi x pa lah skrg ini kita ksi mkn itu ikan2 nanti kita makan itu ikan lepas mnuai..... eh ngeri he..he..

Kg.Rangalau. said...

Ni l Yng kita mahu...usaha yang membawa keabaikan kpd kg rangalau ini perlu sokongan 100%...oleh itu sya sbg penduduk kg rangalau ini menyokong penuh usaha ini..Mari la kita bersama sama mempromosikan kg kita di mata dunia supaya ianya dikenali masyarakat.sbg contoh tagal yang berjaya ialah kg.Lianti ,Ranau dimana ianya sd dikenali dan diketahui oleh pelancong2 asing..dgn adanya usaha2 kita,kita jg boleh menarik pelancong dr dlm dan luar negara untuk datang ke kg rangalau dan menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapa di kg kita...jadikan usaha ni sbg titik permulaan kita melangkah setapak ke hadapan demi mencapai wawasan 2020

Kg.Rangalau. said...

Ni l Yng kita mahu...usaha yang membawa keabaikan kpd kg rangalau ini perlu sokongan 100%...oleh itu sya sbg penduduk kg rangalau ini menyokong penuh usaha ini..Mari la kita bersama sama mempromosikan kg kita di mata dunia supaya ianya dikenali masyarakat.sbg contoh tagal yang berjaya ialah kg.Lianti ,Ranau dimana ianya sd dikenali dan diketahui oleh pelancong2 asing..dgn adanya usaha2 kita,kita jg boleh menarik pelancong dr dlm dan luar negara untuk datang ke kg rangalau dan menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapa di kg kita...jadikan usaha ni sbg titik permulaan kita melangkah setapak ke hadapan demi mencapai wawasan 2020


Pemandangan Pada Waktu Pagi

The Tagal Guardian

The Tagal Guardian
Rapain & Sehing

Follower